Selamat Hari Raya, ayah mak,.. maaf kan lah segala dosa anakanda dari dulu hingga kini. Tanpa dirimu berdua, siapalah diri anakanda hari ini....kerana dirimu telah mencorakkan peribadi anakanda kini...Tanpa restu darimu berdua,.. akan hilang keberkatan hidup anakanda di dunia ini, kerana restu dan kasih sayangmu, membawa ke syurga...
Ni gambar anak2 buah, dari kiri Qistina (anak kasma), boy (anak angah), Danny Syafiq (anak along), Harith (anak kasma), Asraff (anak angah), Tasha (anak angah) dan baby (anak angah)
Raya ke4 small gathering (starian86-90) di rumah parents Apit di Yan. Yg hadir semua geng Utara. Berdiri dari kiri Ilon, Apit (tuan rumah), Saleh (dari johor ni), Mat Yan. Duduk dari kiri Spy, Ron, Aku dan Asfa.
Hai, saya Khairolazmy bin Ariffin. dan anak-anak tersayang Aleeya Batrisyia binti Khairolazmy(7 thn) Areez Azraei bin Khairolazmy (4 thn) & Aireel Afiez bin Khairolazmy (2 thn)
akan mengisi ruang blog ini untuk tatapan keluarga dan kawan-kawan. terima kasih kerana meluangkan sedikit masa untuk blog ini. dan maaf jika ada kesilapan.