Wednesday, September 24, 2008

Soalan Bocor?

Suruhan Sek Uriti
Sec Urities Comm Ission
23 September 2008


Masa: 9.30am 23/9/2008

Bahasa: Melayu/ English

Saksi : Kijang

Pegawai Penyiasat : Minah senyum


Tarikh lahir dan tempat:
Hospital paling Besar di Kuala Lumpur pada 16 Januari 1973. lepas tahun tu ada hospital lain yg lagi besar.

Sila Berikan alamat terkini anda:
No 500 Lorong Pencacai 1, Bert Am Proton Perdana, 13200 Kepala Batas Pulau Pinang.

Nama Bapa :
Nama Ibu :

Alamat terkini mereka dan number telipon:
3Juta Jln THR 1, Tmn Seri Khairy,Kg Khairee, Pekan Khairee, Bandar Khairee, Rembau Negeri sembilan.
Number Telipon 014-44556678 tekan2 tak dapat.

Ada alamat keluarga lain:
Tiada

Sila berikan latarbelakang pelajaran anda:
Tamat tingkatan 5 pada 1990 di Sekolah Tuanku Abdul Rahman Ipoh. Matrikulasi Sains di UPM 1991, sambung belajar peringkat ijazah iaitu Bacelor Sains (Ekonomi Sumber) di Universiti yang sama. Sambung Master Alam Sejagat (Master of Univest) dan Phd (Pingat hasad Dengki)

Sila berikan latarbelakang pekerjaan anda:
Setelah tamat belajar pada tahun 1997 saya bekerja di SBB Securities Sdn Bhd Ipoh sebagai Dealer Representative, tetapi akhir 1998 atau awal 1999 ramai dealer di berhentikan kerja akibat daripada kegawatan ekonomi. Oleh kerana persaingan hebat antara dealer yang hebat2 belaka, kacak2 belaka dan kesunyian dan tensen tengok market saya mengambil keputusan berhenti kerja secara sukarela pada awal tahun 1999.

Menganggur selama setengah tahun. Saya buat pebagai kerja sambilan antaranya ‘house keeping’ di hotel, kerja kilang, boncer, joint gengster, direct selling dan sebagai ‘personal assistant’ kepada keluarga diraja Negeri Sembilan..

Saya mendapat tawaran bekerja di PM Securities Sdn Bhd pada bulan Ogos 2000 sebagai Central Buyer sebab saya minta gaji ciput. Kemudian bila lesen telah diperbaharui saya di beri jawatan lagi besaq sebagai dealer rep. dan jawatan saya terkini sebagai ‘head of head of dealing’ di cawangan Pulau Pinang.



Tahukah anda kenapa dipanggil ke SC?
tak tau.. bagi la tau...Tidak secara detail, Cuma mengenai dua account yang tersebut.


Ya ini adalah berkenaan dua account yang telah dibuka oleh anda pada tahun 2004 iaitu mamat senget dan minah kepoh. Baik kita mulakan dengan account mamat senget dahulu. Anda mengenali individu ini? Dan beritahu bagaimana dia membuka account?
mamat senget ini adalah Director di syarikat kereta stunt senget Sdn Bhd. Secara peribadi saya tidak mengenaili beliau. Beliau telah dibawa oleh Business Development PM Sec. iaitu 'Perasan cun' diperkenalkan pada saya dan saya menyaksikan Mamat senget menurunkan tandatangan beliau di Borang Trading. Dia ni kaya tau, ada ferarri 4 bijik belakang rumah, tak termasuk tepi rumah lagi,

Berapa kali anda jumpa dengan mamat senget?
Mungkin dua atau tiga kali, tapi yang pasti semasa membuka account. dengan client yang lain. Saya tak ingat.

Bagaimana beliau membuat bayaran?
Saya tak ingat. Pada tahun 2004, saya mengendali client hampir 100 account dan hampir separuh aktif. Kebanyakan client membayar secara online, bayar di kaunter atau arahan menggunakan duit di trust account.

Bagaimana pula beliau mengambil check jualan?
Saya tak ingat. Client boleh mengambil sendiri di kaunter, atau arahan untuk di bank-in ke bank account yang dikehendaki.

Bagaimana paten urusniaga beliau? Adakah aktif? Membayar setiap belian atau Cuma contra?
Saya tak ingat

Siapa yang memberi arahan dalam urusniaga account beliau?
mamat senget sendiri.



Comfirm belian/jualan kepada siapa?
mamat senget sendiri

Apa kaunter yang di beli oleh mamat senget dan berapa kaunter?
Saya tak ingat, yang pasti ada kaunter cepat kaya.

Ya betul, Cuma ada kaunter Cepat kaya Sahaja, tiada kaunter lain. Kenapa?
Saya tak tahu.


Beliau beruruniaga kaunter ini dari bulan Julai dan Ogos dan harga meningkat naik secara mendadak. Kenapa?
Saya tak ingat. Tapi yang saya pasti pada masa ini semua kaunter meningkat bukan cepat kaya sahaja.

Pernah mamat senget memberitahu anda kenapa beliau membeli cepat kaya?
Tidak Pernah.


Ada anda berbincang dengan mamat senetkenapa Beliau membeli cepat kaya?
Tidak Pernah.

Ada anda nasihat mamat senget ketika beliau membeli cepat kaya?
Tidak ingat. Tetapi selalunya jika client membeli terlalu banyak satu kaunter sahaja saya akan merujuk pada bos saya dan jika client boleh membayar loss dan membayar belian saya rasa OK.

Pernah anda mengesyorkan client lain untuk membeli cepat kaya?
Saya tak ingat.

Pernahkan account ini membuat amendment?
Pernah

Kenapa?
Saya tak ingat, selalunya kesilapan saya yang gopoh order terlalu banyak

Berapa banyak urusniaga yang anda buat?
Kadang-kadang setiap saat, 200 300 line order, amendment sahaja 3,4 muka surat.

Kenapa ada amendment yang dibuat pada pagi ada yang dibuat petang?
Bila saya sudah dapat tahu yang saya sudah tersalah key-in saya akan terus membetulkannya. Selalunya selepas market tutup.


Tahukah anda cepat kaya diistiharkan ‘disignated counter’ pada bulan Ogos?
Saya tak ingat. Yang yang tahu semasa itu kedua-dua account ini telah dipindah kan ke dealer lain.

Dealer lain, siapa dan kenapa?
Saya pasti pada 16 Ogos ( seperti tercatit dalam voucher bayaran) brader macho (dealer lain) telah mengambil alih kedua-dua account ini. Sebab nya, saya rasa, saya terlalu sibuk dengan list client saya yang terlalu ramai.


Di manakah brader macho sekarang?
Saya tidak tahu.

Number telipon brader macho?
Saya tidak tahu.

Siapakah dealer lain dibawah anda semasa di cawangan Pulau Pinang?
Zztido, brader macho,fizi hansem dan terkini Astar wars.

Sekarang beralih pula pada account satu lagi iaitu minah kepoh. . Anda mengenali individu ini? Dan beritahu bagaimana dia membuka account?
minah kepoh adalah Director di syarikat Kee Pooh Industry Bhd.. Secara peribadi saya tidak mengenaili beliau. Beliau, sama seperli mamat senget, telah dibawa oleh Business Development PM Sec. iaitu 'Perasn chunn' diperkenalkan pada saya dan saya menyaksikan mamat senget menurunkan tandatangan beliau di Borang Trading.

Berapa kali anda jumpa dengan minah kepoh?
Mungkin dua atau tiga kali, tapi yang pasti semasa membuka account. Kemudian semasa beliau membuat bayaran atau mengambil check atau mungkin saya keliru dengan client yang lain. Saya tak ingat.

Bagitau sebab apa minah kepoh yang beralamat di Subang jaya tetapi berusniaga dengan anda di Pulau Pinang?
Bagi saya normal, ramai client dari Kuala Lumpur berurusniaga dengan saya, malah ada juga dari Johor. Dan Client dari Pulau Pinang sendiri berminat berurusniaga dengan broker di Kuala Lumpur. saya juga ada client dari cameroon, somalia, utopia, khazaktan, afganistan dan tjg rambutan..

Bagaimana beliau membuat bayaran?
Sama seperti keadaan dengan mamat senget saya tak ingat. Pada tahun 2004, saya mengendali client hampir 100 account dan hampir separuh aktif. Kebanyakan client membayar secara online, bayar di kaunter atau arahan menggunakan duit di trust account.

Bagaimana pula beliau mengambil check jualan?
Saya tak ingat. Client boleh mengambil sendiri di kaunter, atau arahan untuk di bank-in ke bank account yang dikehendaki.

Bagaimana paten urusniaga beliau? Adakah aktif? Membayar setiap belian atau Cuma contra?
Saya tak ingat

Siapa yang memberi arahan dalam urusniaga account beliau?
minah kepoh sendiri.

Comfirm belian/jualan kepada siapa?
minah kepoh sendiri

Apa kaunter yang di beli oleh minah kepoh dan berapa kaunter?
Saya tak ingat, yang pasti ada kaunter cepat kaya.

Ya betul, Cuma ada kaunter cepat kaya Sahaja, tiada kaunter lain. Kenapa?
Saya tak tahu.


Beliau beruruniaga kaunter ini dari bulan Julai dan Ogos dan harga menaik secara mendadak. Kenapa?
Saya tak ingat. Tapi yang saya pasti pada masa ini semua kaunter meningkat bukan cepat kaya shj.

Pernah minah kepoh tahu anda kenapa beliau membeli cepat kaya?
Tidak Pernah.


Ada anda berbincang dengan minah kepoh kenapa Beliau membeli cepat kaya?
Tidak Pernah.

Ada anda nasihat minah kepoh ketika beliau membeli cepat kaya?
Tidak ingat. Tetapi selalunya jika client membeli terlalu banyak satu kaunter sahaja saya akan merujuk pada bos saya dan jika client boleh membayar loss dan membayar belian saya rasa OK. lagi pun dia kan director mesti kaya duit berjuta-juta dalam bank belori lori tau.

Pernahkan account ini membuat amendment?
Tidak Pernah


Berapakah gaji anda sekarang?
Gaji saya adalah sebanyak 20juta


Ada elaun lain bulanan? Tahunan?
Tiada, kadang2 ada tu pun tak byk dapat 2, 3 juta ropiah


Komisian dari urusniaga?
Tiada, tapi kalau buat silap boss bagi penerajang

Bonus Tahunan ?
Sama seperti pekerja PAm Sec yang lain. (jgn bagi tau kat depa saya dapat elaun ropiah)

Ada apa-apa lagi yang ingin anda tambah ?
Saya minta maaf sebab sudah lama, saya tak ingat dan tahun 2004 saya agak sibuk. Lagipun kedua-dua account ini telah dipindahkan kepada mamat macho pada bulan Ogos. Ala takyah intebiu byk2, letih la. kalu tiap kali intebiu dapat duit kan best.. byk kali pun tak pe.

Anda pasti dengan keterangan yang telah anda berikan.
Yaaaaa pasti

Ada apa-apa perlu di pebetulkan?
Tiada yang betul pun. semua tak betul.

Anda tahu jika keterangan anda palsu atau tidak betul anda boleh didakwa dibawah akta undang-undang.
Ye ke?


Keterangan yang telah di berikan diatas bukan dssebabkan paksaan atau tujukajar dari sesiapa dan anda memberitahu secara sukarela.
Ya kena kata sukarela, takut bos potong gaji lak..





Yang Benar Saksi Pegawai Penyasat


hendaklah tandatangan setiap mukasurat.
Interview tamat pada pukul 1.00pm 23 September 2008