Wednesday, December 31, 2008

CUTI-CUTI MALAYSIA (Sunway Lagoon)

Aleeya bergambar sebelum naik cawan yg berpusing-pusing. Ni kami pi hari Sabtu 27 Dec. Ramai org sungguh, macam2 negara ada, ramai arab.
kijang starupm

Tuesday, December 30, 2008

CUTI-CUTI MALAYSIA (Sunway Lagoon)

Aleeya & Areez dalam cawan yg berputar2. Rugi bawa depa ni masuk Sunway Lagoon ni, boleh mandi wet world dgn main benda ni. Yg lain tak cukup ketinggian tak leh naik.. nak naik sorang2 tak syok lak, masuk je 4 org seratus lebih + pelampung + deposit = dua ratus le..
kijang starupm

CUTI-CUTI MALAYSIA ( Sunway lagoon)

Aleeya dan Areez sebelum pi menghabihkan masa mandi- manda..
kijang starupm

CUTI-CUTI MALAYSIA (mines wonderland)

Ni tempat aku berdating dgn wife aku dulu, tak banyak berubah pun..
kijang starupm

CUTI-CUTI MALAYSIA (Mines)

Hari Jumaat (26 Dec 2008)
kijang starupm

CUTI-CUTI MALAYSIA (UPM)

Tempat jatuh lagi dikenang, ini kan pun tempat belajar,..
kijang starupm

CUTI-CUTI MALAYSIA (UPM)

UPM adalah segala-galanya, tempat menimba ilmu, tempat belajar berdikari, belajar erti kehidupan, mendapat segulung ijazah dan tempat bertemu jodoh.
kijang starupm

CUTI-CUTI MALAYSIA (Rembau)

Pagi 24 Dec 2008 di taman rekreasi rembau. Rembau ni kg tok nenek aku, ayah lepas bersara pindah ke gemas (dr kl) pada 2001 dan ke rembau pada thn 2006
kijang starupm

CUTI-CUTI MALAYSIA (Gua Kelam 2)

Hari Sabtu 20 DEc 2008, cuti sekolah, pi mana2 pun ramai org. Nak naik apa2 pun kena beratur panjang. Gua kelam2 ni tutup pukul 5 tapi kami sampai pukul 4 tiket dah habis,.. so bergambar depat pinti masuk je la.
kijang starupm

CUTI-CUTI MALAYSIA (Langkawi)

Mirul, cari ubat kuat, sori dik.. gamat je ade.
kijang starupm

CUTI-CUTI MALAYSIA (Langkawi)

Rakit farm, satu pertujukan ikan2 jinak dan pelik, amat menarik. Di syor kan melawat.
kijang starupm

CUTI-CUTI MALAYSIA (Langkawi)

Mak terpegun tengok ikan buntal yg kembong mcm pelampong.
kijang starupm

CUTI-CUTI MALAYSIA (Langkawi)

Aleeya keseronokan..
kijang starupm

CUTI-CUTI MALAYSIA (Kuala Perlis)

19 dec Hari Jumaat. Kami pilih Kuala Perlis dan bukan kuala Kedah sebab takut ramai sgt org. Cuti sekolah dan hari minggu. Bertolak dari Penang lepas subuh 6.30am , sampai ke jeti Kuala Perlis dlm 8.15am. Terkejut gak tengok org dah beratur panjang. Nasib baik dapat tiket awal, pukul 9.30am
kijang starupm

CUTI-CUTI MALAYSIA (Kuala Perlis)

Menunggu di terminal feri Kuala Perlis 9.00 am. Parking keta pun problem , sume penuh. Nak tak nak kena ikut ulat jaga keta ni, kena pow rm20 satu keta. Kami dtg 2 keta kena rm40, parking tepi jln je. Lepas balik baru kami tau dari pak mertua aku, diakata kadang2 kena saman dgn majlis perbendaran lagi. Kes yg lebih teruk pun ada, keta hilang , kena pecah, sport rims hilang. Adik aku baru beli keta tak sampai sebulan.Suspen la member tapi masa tu tak tau cite lagi.
kijang starupm

CUTI-CUTI MALAYSIA (Pantai Bersih Penang)

Suasana yg menarik...
kijang starupm

CUTI-CUTI MALAYSIA (Pantai Bersih Penang)


kijang starupm

CUTI-CUTI MALAYSIA (Pantai Bersih Penang)

Mandi sampai senja
kijang starupm

CUTI-CUTI MALAYSIA (Pantai Bersih Penang)

Mandi-manda
kijang starupm

CUTI-CUTI MALAYSIA (Penang)

Adikaku mai dgn mak, ayah, Ozy. Kasma, Qistina dan Harith sampai Penang pada 18 Dec 2008. Depa plan nak ronda Langkawi dan Padang Besaq pada 19 & 20ni, nak shopping2,. So Khamis kami ronda2 sekitar Penang dulu..
kijang starupm

Wednesday, November 26, 2008

hari tadika wawasan bistari

Untuk anak2 turut terlibat dalam acara menari ni ibubapa kena la bayar rm 65 sorang so rm65X2. Aleeya boleh la tahan, Areez menari? Emm ingatkan Areez belajar tarian apa la,.. rupa-rupa nya....

aleeya menari ulit mayang di ulit

Sori gambar kurang jelas, pengajur tidak menggalakkan ibubapa tinggalkan tempat duduk utk mengambil gambar anak2, alasan depa dah sediakan cameraman profesional,.. ala trick business. Nak suruh beli DVD yg disediakan nanti (rm35).

Ni gambar hari konvo tadika pada awal bulan november ni, aleeya walaupn dah darjah satu, tiap2 hari lepas sekolah dia terpaksa lepak kat tadika ni sampai ptg, transit (dah mak bapak kerja).. Menari mengikut rentak Ulit Mayang walaupun asyik dok pandang kawan dari pandang depan, (alasan dia makcik mas driver van yg garang dok kerusi depan sekali)

Wednesday, October 22, 2008

RAYA DI REMBAU

Angah Nora, mak ayah dan Mirul yg Ensem di pagi raya pertama.
kijang starupm

Tuesday, October 21, 2008

Mak Dan Ayah (!st Raya di Rembau)

Selamat Hari Raya, ayah mak,.. maaf kan lah segala dosa anakanda dari dulu hingga kini. Tanpa dirimu berdua, siapalah diri anakanda hari ini....kerana dirimu telah mencorakkan peribadi anakanda kini...Tanpa restu darimu berdua,.. akan hilang keberkatan hidup anakanda di dunia ini, kerana restu dan kasih sayangmu, membawa ke syurga...
kijang starupm

Gambar Raya di Rembau

Along Atie dan Nadia
kijang starupm

Gambar raya di Rembau

Angah Nora dan famili.
kijang starupm

Gambar raya di Rembau

Ni Kasma dan Harith di Rembau pada raya pertama
kijang starupm

Gambar raya di Rembau

Ni gambar anak2 buah, dari kiri Qistina (anak kasma), boy (anak angah), Danny Syafiq (anak along), Harith (anak kasma), Asraff (anak angah), Tasha (anak angah) dan baby (anak angah)

Wednesday, October 15, 2008

lagi2 open hse apit


kijang starupm

lagi gambar open hse apit

apit, spy ilon & mat yan.. semua dah jadi org hebat2 belaka.

aku & spy lagi


Dulu dan sekarang

ingat lagi gambar dulo2 ni.. dan gambar sekarang, hehehe byk tak perubahan?

Open Hse di Gua Chempedak Yan.

Raya ke4 small gathering (starian86-90) di rumah parents Apit di Yan. Yg hadir semua geng Utara. Berdiri dari kiri Ilon, Apit (tuan rumah), Saleh (dari johor ni), Mat Yan. Duduk dari kiri Spy, Ron, Aku dan Asfa.

Wednesday, September 24, 2008

Soalan Bocor?

Suruhan Sek Uriti
Sec Urities Comm Ission
23 September 2008


Masa: 9.30am 23/9/2008

Bahasa: Melayu/ English

Saksi : Kijang

Pegawai Penyiasat : Minah senyum


Tarikh lahir dan tempat:
Hospital paling Besar di Kuala Lumpur pada 16 Januari 1973. lepas tahun tu ada hospital lain yg lagi besar.

Sila Berikan alamat terkini anda:
No 500 Lorong Pencacai 1, Bert Am Proton Perdana, 13200 Kepala Batas Pulau Pinang.

Nama Bapa :
Nama Ibu :

Alamat terkini mereka dan number telipon:
3Juta Jln THR 1, Tmn Seri Khairy,Kg Khairee, Pekan Khairee, Bandar Khairee, Rembau Negeri sembilan.
Number Telipon 014-44556678 tekan2 tak dapat.

Ada alamat keluarga lain:
Tiada

Sila berikan latarbelakang pelajaran anda:
Tamat tingkatan 5 pada 1990 di Sekolah Tuanku Abdul Rahman Ipoh. Matrikulasi Sains di UPM 1991, sambung belajar peringkat ijazah iaitu Bacelor Sains (Ekonomi Sumber) di Universiti yang sama. Sambung Master Alam Sejagat (Master of Univest) dan Phd (Pingat hasad Dengki)

Sila berikan latarbelakang pekerjaan anda:
Setelah tamat belajar pada tahun 1997 saya bekerja di SBB Securities Sdn Bhd Ipoh sebagai Dealer Representative, tetapi akhir 1998 atau awal 1999 ramai dealer di berhentikan kerja akibat daripada kegawatan ekonomi. Oleh kerana persaingan hebat antara dealer yang hebat2 belaka, kacak2 belaka dan kesunyian dan tensen tengok market saya mengambil keputusan berhenti kerja secara sukarela pada awal tahun 1999.

Menganggur selama setengah tahun. Saya buat pebagai kerja sambilan antaranya ‘house keeping’ di hotel, kerja kilang, boncer, joint gengster, direct selling dan sebagai ‘personal assistant’ kepada keluarga diraja Negeri Sembilan..

Saya mendapat tawaran bekerja di PM Securities Sdn Bhd pada bulan Ogos 2000 sebagai Central Buyer sebab saya minta gaji ciput. Kemudian bila lesen telah diperbaharui saya di beri jawatan lagi besaq sebagai dealer rep. dan jawatan saya terkini sebagai ‘head of head of dealing’ di cawangan Pulau Pinang.



Tahukah anda kenapa dipanggil ke SC?
tak tau.. bagi la tau...Tidak secara detail, Cuma mengenai dua account yang tersebut.


Ya ini adalah berkenaan dua account yang telah dibuka oleh anda pada tahun 2004 iaitu mamat senget dan minah kepoh. Baik kita mulakan dengan account mamat senget dahulu. Anda mengenali individu ini? Dan beritahu bagaimana dia membuka account?
mamat senget ini adalah Director di syarikat kereta stunt senget Sdn Bhd. Secara peribadi saya tidak mengenaili beliau. Beliau telah dibawa oleh Business Development PM Sec. iaitu 'Perasan cun' diperkenalkan pada saya dan saya menyaksikan Mamat senget menurunkan tandatangan beliau di Borang Trading. Dia ni kaya tau, ada ferarri 4 bijik belakang rumah, tak termasuk tepi rumah lagi,

Berapa kali anda jumpa dengan mamat senget?
Mungkin dua atau tiga kali, tapi yang pasti semasa membuka account. dengan client yang lain. Saya tak ingat.

Bagaimana beliau membuat bayaran?
Saya tak ingat. Pada tahun 2004, saya mengendali client hampir 100 account dan hampir separuh aktif. Kebanyakan client membayar secara online, bayar di kaunter atau arahan menggunakan duit di trust account.

Bagaimana pula beliau mengambil check jualan?
Saya tak ingat. Client boleh mengambil sendiri di kaunter, atau arahan untuk di bank-in ke bank account yang dikehendaki.

Bagaimana paten urusniaga beliau? Adakah aktif? Membayar setiap belian atau Cuma contra?
Saya tak ingat

Siapa yang memberi arahan dalam urusniaga account beliau?
mamat senget sendiri.



Comfirm belian/jualan kepada siapa?
mamat senget sendiri

Apa kaunter yang di beli oleh mamat senget dan berapa kaunter?
Saya tak ingat, yang pasti ada kaunter cepat kaya.

Ya betul, Cuma ada kaunter Cepat kaya Sahaja, tiada kaunter lain. Kenapa?
Saya tak tahu.


Beliau beruruniaga kaunter ini dari bulan Julai dan Ogos dan harga meningkat naik secara mendadak. Kenapa?
Saya tak ingat. Tapi yang saya pasti pada masa ini semua kaunter meningkat bukan cepat kaya sahaja.

Pernah mamat senget memberitahu anda kenapa beliau membeli cepat kaya?
Tidak Pernah.


Ada anda berbincang dengan mamat senetkenapa Beliau membeli cepat kaya?
Tidak Pernah.

Ada anda nasihat mamat senget ketika beliau membeli cepat kaya?
Tidak ingat. Tetapi selalunya jika client membeli terlalu banyak satu kaunter sahaja saya akan merujuk pada bos saya dan jika client boleh membayar loss dan membayar belian saya rasa OK.

Pernah anda mengesyorkan client lain untuk membeli cepat kaya?
Saya tak ingat.

Pernahkan account ini membuat amendment?
Pernah

Kenapa?
Saya tak ingat, selalunya kesilapan saya yang gopoh order terlalu banyak

Berapa banyak urusniaga yang anda buat?
Kadang-kadang setiap saat, 200 300 line order, amendment sahaja 3,4 muka surat.

Kenapa ada amendment yang dibuat pada pagi ada yang dibuat petang?
Bila saya sudah dapat tahu yang saya sudah tersalah key-in saya akan terus membetulkannya. Selalunya selepas market tutup.


Tahukah anda cepat kaya diistiharkan ‘disignated counter’ pada bulan Ogos?
Saya tak ingat. Yang yang tahu semasa itu kedua-dua account ini telah dipindah kan ke dealer lain.

Dealer lain, siapa dan kenapa?
Saya pasti pada 16 Ogos ( seperti tercatit dalam voucher bayaran) brader macho (dealer lain) telah mengambil alih kedua-dua account ini. Sebab nya, saya rasa, saya terlalu sibuk dengan list client saya yang terlalu ramai.


Di manakah brader macho sekarang?
Saya tidak tahu.

Number telipon brader macho?
Saya tidak tahu.

Siapakah dealer lain dibawah anda semasa di cawangan Pulau Pinang?
Zztido, brader macho,fizi hansem dan terkini Astar wars.

Sekarang beralih pula pada account satu lagi iaitu minah kepoh. . Anda mengenali individu ini? Dan beritahu bagaimana dia membuka account?
minah kepoh adalah Director di syarikat Kee Pooh Industry Bhd.. Secara peribadi saya tidak mengenaili beliau. Beliau, sama seperli mamat senget, telah dibawa oleh Business Development PM Sec. iaitu 'Perasn chunn' diperkenalkan pada saya dan saya menyaksikan mamat senget menurunkan tandatangan beliau di Borang Trading.

Berapa kali anda jumpa dengan minah kepoh?
Mungkin dua atau tiga kali, tapi yang pasti semasa membuka account. Kemudian semasa beliau membuat bayaran atau mengambil check atau mungkin saya keliru dengan client yang lain. Saya tak ingat.

Bagitau sebab apa minah kepoh yang beralamat di Subang jaya tetapi berusniaga dengan anda di Pulau Pinang?
Bagi saya normal, ramai client dari Kuala Lumpur berurusniaga dengan saya, malah ada juga dari Johor. Dan Client dari Pulau Pinang sendiri berminat berurusniaga dengan broker di Kuala Lumpur. saya juga ada client dari cameroon, somalia, utopia, khazaktan, afganistan dan tjg rambutan..

Bagaimana beliau membuat bayaran?
Sama seperti keadaan dengan mamat senget saya tak ingat. Pada tahun 2004, saya mengendali client hampir 100 account dan hampir separuh aktif. Kebanyakan client membayar secara online, bayar di kaunter atau arahan menggunakan duit di trust account.

Bagaimana pula beliau mengambil check jualan?
Saya tak ingat. Client boleh mengambil sendiri di kaunter, atau arahan untuk di bank-in ke bank account yang dikehendaki.

Bagaimana paten urusniaga beliau? Adakah aktif? Membayar setiap belian atau Cuma contra?
Saya tak ingat

Siapa yang memberi arahan dalam urusniaga account beliau?
minah kepoh sendiri.

Comfirm belian/jualan kepada siapa?
minah kepoh sendiri

Apa kaunter yang di beli oleh minah kepoh dan berapa kaunter?
Saya tak ingat, yang pasti ada kaunter cepat kaya.

Ya betul, Cuma ada kaunter cepat kaya Sahaja, tiada kaunter lain. Kenapa?
Saya tak tahu.


Beliau beruruniaga kaunter ini dari bulan Julai dan Ogos dan harga menaik secara mendadak. Kenapa?
Saya tak ingat. Tapi yang saya pasti pada masa ini semua kaunter meningkat bukan cepat kaya shj.

Pernah minah kepoh tahu anda kenapa beliau membeli cepat kaya?
Tidak Pernah.


Ada anda berbincang dengan minah kepoh kenapa Beliau membeli cepat kaya?
Tidak Pernah.

Ada anda nasihat minah kepoh ketika beliau membeli cepat kaya?
Tidak ingat. Tetapi selalunya jika client membeli terlalu banyak satu kaunter sahaja saya akan merujuk pada bos saya dan jika client boleh membayar loss dan membayar belian saya rasa OK. lagi pun dia kan director mesti kaya duit berjuta-juta dalam bank belori lori tau.

Pernahkan account ini membuat amendment?
Tidak Pernah


Berapakah gaji anda sekarang?
Gaji saya adalah sebanyak 20juta


Ada elaun lain bulanan? Tahunan?
Tiada, kadang2 ada tu pun tak byk dapat 2, 3 juta ropiah


Komisian dari urusniaga?
Tiada, tapi kalau buat silap boss bagi penerajang

Bonus Tahunan ?
Sama seperti pekerja PAm Sec yang lain. (jgn bagi tau kat depa saya dapat elaun ropiah)

Ada apa-apa lagi yang ingin anda tambah ?
Saya minta maaf sebab sudah lama, saya tak ingat dan tahun 2004 saya agak sibuk. Lagipun kedua-dua account ini telah dipindahkan kepada mamat macho pada bulan Ogos. Ala takyah intebiu byk2, letih la. kalu tiap kali intebiu dapat duit kan best.. byk kali pun tak pe.

Anda pasti dengan keterangan yang telah anda berikan.
Yaaaaa pasti

Ada apa-apa perlu di pebetulkan?
Tiada yang betul pun. semua tak betul.

Anda tahu jika keterangan anda palsu atau tidak betul anda boleh didakwa dibawah akta undang-undang.
Ye ke?


Keterangan yang telah di berikan diatas bukan dssebabkan paksaan atau tujukajar dari sesiapa dan anda memberitahu secara sukarela.
Ya kena kata sukarela, takut bos potong gaji lak..





Yang Benar Saksi Pegawai Penyasat


hendaklah tandatangan setiap mukasurat.
Interview tamat pada pukul 1.00pm 23 September 2008

Wednesday, August 13, 2008

Gambor Dulo2 9

STARIAN 1986-1990
Form 5, yellow house 1990.
Dari kiri :MOHD AZMI SHAM B. MOKHTAR, ZAIDI B. ABDUL JALIL, IDHAM B. KHALIL , MOHD FAKHRUL ANNUAR B. MOHD HASSAN, MUHAMMAD KHAIRI B. MOHD ZAIN, FAUZI B. SAMSURI, HAFIZ B. HASHIM, MAIZARUSKAMAL B. TAHARIM, MOHD JURAIMY B. HJ. YAHYA, WAN MOHD NOR MUZAILAN B. WAN MUSA, MOHAMAD YUSRI B. HJ ABDUL RAHMAN. Duduk dari kiri AMLY B. ABU BAKAR, KHAIROLAZMY B. ARIFFIN, MOHD SUHAIMY B. SHAARI DAN SHAMSUL HAQ B. MOHD NOH

Gambor Dulo2 8

STARIAN 1986-1990
Sukan Tahunan 1990 Yellow House.. Juara (ye ke?) Yang aku ingat sangat aku menang (emas) 4x 100m dan 4x 400m. Hangpa cari la sendiri mana satu aku..

Gambor Dulo2 7


Sukan Tahunan 1988 (form three) Budak Yellow Berdiri dari kiri Aku (Kijang), MOHD JURAIMY B. HJ. YAHYA (Badak), AZMI B. DATO' TAHIR (Dato), SYAREEL IZAM B. ALI, MUHAMMAD KHAIRI B. MOHD ZAIN (Tua), HJ MOHAMAD YUSRI B. HJ ABDUL RAHMAN (Spy), MAIZARUSKAMAL B. TAHARIM, Duduk kiri ZAIDI B. ABDUL JALIL, SHAMSUL HAQ B. MOHD NOH, dan WAN SHAHARIR B. JOHAN HARIS.

Gambor Dulo2 6

Tahun 1990, form 5. Sukan tahunan sekolah. Pertandiangn kemah plg cantik. Sebelum2 ni kami hias kan kemah guna buluh yg kami kebas kat belakang sekolah izzudin atau belakang rumah org. Kalau tak silap tahun tu buluh habis, so kena cari alternatif lain.. Ni la hasil nya. Tak ingat lak yellow house dapat no berapa.

Gambor Dulo2 5


Team cricket STAR under 15 (kalau tak silap).
Dalam gambar Cpt. MEGAT MUZAFFAR B. ABDUL MUTALIB (Megat), ASFARIZUL B. OTHMAN (Asfa), aku, SHAHRUL EZAN HASHIM, HJ MOHAMAD YUSRI B. HJ ABDUL RAHMAN (Spy), IDHAM B. KHALIL, dan yg terbaring SYED MAHATHIR B. SYED MOHD ALATTAS.

Gambor Dulo2 4


White House, Camna aku boleh ada simpan gambar house lain ni..?
Untuk tatapan budak white..
Untuk member2 yg tak tau, STAR ni ada 6 house (masa aku dulu la) Green, Blue, Black, Red, White dan Yellow. Aku Yellow House.

Gambor dulo2 3

Kawat time. Masa ni la senior nak belasah kita, kawat kawat dan kawat. Sampai malam sakit kaki. Barisan depan ZAIDI B. ABDUL JALIL (Acham) , Dr KAMARUL ARYFFIN B. BAHARUDDIN ( Wak Lul) dan AZMI B. DATO' TAHIR ( Dato). Kawat ni sebagai persiapan perbarisan utk sukan sekolah. Nak dapat title juara kawat bukan senang, jgn dapat last sudah, mlm nanti kena wallop la.
Yg kelihatan dalam gambar juga HAFIZ B. HASHIM (Apit), WAN SHAHARIR B. JOHAN HARIS (Kunen) & SHAHARUDDIN B. MAT NAWI (Shaha)

Gambor Dulo2 2


Ni masa kalau taksilap form 3 (1988), dorm 3. Dalam gambar 3 batch aku dan 3lagi junior. Kiri sekali tak pakai baju tu SYAREEL IZAM B. ALI, baju biru aku le & baju merah WAN MOHD NOR MUZAILAN B. WAN MUSA (tobek)

Gambor dulo2


Jgn gelak, ni gambar masa form one dulu ( Sekolah Tuanku Abd Rahman) , semua malu nak tengok camera. Aku, Hj MOHAMAD YUSRI B HJ ABDUL RAHMAN & ROZMAN ABDUL RAHIM.
Dorm 3. Gambar ni aku dapat masa balik kg hari tu. Punya la selongkar, nasib baik mak aku dok simpan lagi.

Tuesday, August 12, 2008

Hantar Aleeya pi Sekolah

kijang starupm

Monday, August 11, 2008

Kenduri kawin Erin 10-08-2008


aku dan adik beradik

Kenduri kawin Erin 10-08-2008


Shidi (abg Erin), Laki Erin, Erin & Liza( bini shidi)

Kenduri kawin Erin 10-08-2008


Erin bersama suami

Kenduri kawin Erin 10-08-2008


mak dgn Liza (bini Shidi)

Kenduri kawin Erin 10/8/2008


kasma (adik),nadia (anak along) rozy (adik) dan along atie(kakak)

Musim Rambutan


Asyilarozy (adik aku) beria suruh tangkap gambar rambutan kering ni, rambutan ni ada rupa org (ada mata hidung mulut)

Musim rambutan


model rambutan

Musim Rambutan


Kena la atuknya panjat, aku tak berani

musim rambutan


Mkn sampai sakit tekak

rambutan di kebun ayah


musim rambutan makan sampai sakit tekak